Friday, January 8, 2010

Ragam bermacam ragam..

Bermacam-macam ragam manusia, dari yang kecil hinggalah yang dah tua. Ada kalanya nak ketawa pun iya, nak marah pun iya. Itu lah manusia,Allah S.W.T anugerahkan otak untuk berfikir, hati dan jiwa untuk berperasaan..macam-macam lah kerenah, ikut kreativiti otak masing-masing. Ada juga yang kreatif tak guna otak, ikut perasaan semata. Ada juga yang guna otak, tapi tak ada "human touch". Eii..macam2 lah lagaknya.

Paling teruk..ada juga tak guna otak dan tak guna perasaan. Parah!!! Apa sudah jadi. Negara kita digegarkan dengan pembunuhan empat sekeluarga yang begitu tragis sekali. Di manakah silapnya, sampai sanggup si anak yang ditatang dari kecil, disusui, disuapkan makan, dimandikan dan dibersihkan najisnya, didodoikan dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba bila sudah besar bertukar melawan tuannya. Tanpa akal dan perasaan langsung, sanggup mencincang insan2 yang mengasihinya dan sanggup pula memenggal kepala ayah yang telah berpuluh tahun membesarkannya dan mendidiknya supaya menjadi insan berakal dan berperasaan manusia.

Ibu-bapa mana yang tak sayang anak. Sayang anak marah-marahkan, terutama bila meraka buat silap. Kalau ibu-bapa dah tak marah tengok anak buat perkara yang tak baik, itu bukan sayang namanya, tapi malang! malang bagi anak-anak yang mendapat ibu-bapa yang membisu, tak menegur kesalahan mereka, dan malang bagi ibu-bapa kerana tidak menjaga amanah yang telah Allah berikan. Mambesarkan anak bukanlah perkara mudah.

Ramai yang akan berkata, nak bagi makan dan pakaian tu mudah. Tapi mesti diingat, bukan bagi semua orang. Memanglah nak mendidik anak menjadi insan yang baik di sisi Allah itu payah dan memerlukan banyak pengorbanan. Dalam keadaan dunia sekarang yang terlalu melihat kepada kesenangan harta benda sebagai mercu tanda kejayaan, ramai antara kita telah tersasar dari matlamat kehidupan yang sebenar. Anak-anak nak bergaya dengan pakaian yang berjenama, yang cantik-cantik dan mengikut trend semasa. Bagi ibu-bapa yang berduit, anak-anak akan dapat juga, tapi bagi yang susah, akhirnya ada anak-anak yang belajar cari duit sendiri. Baguslah kalau jalannya betul, tapi kalau dapat duit cara salah, kan dah tersasar namanya tu.

Bersambung....